Daisy biru berperanan untuk melembabkan kulit wajah - Utusan Malaysia

Daisy biru berperanan untuk melembabkan kulit wajah

Manfaat bunga daisy biru terbukti dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi iaitu interleukin 8 (IL-8) dan prostaglandin 2 (PGE-2).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUNGA daisy biru, blue daisy atau nama lainnya, felicia amelloides bukan sahaja cantik dijadikan pokok hiasan atau tanaman dalam rumah tetapi ia sangat berkesan merawat kulit. Ia selamat dalam produk penjagaan kulit wajah.
Ekstrak bunga daisy adalah ramuan yang sering digunakan untuk mencerahkan kulit, mencegah hiperpigmentasi dan merawat kerosakan kulit akibat terdedah dengan sinaran matahari.
Rupanya banyak manfaat bunga daisy biru terhadap kulit wajah. Ia bukan sahaja dapat memulihkan dan menghasilkan kulit sihat secara semula jadi, malah turut melembabkan kulit kering dengan berkesan.

MENGANDUNGI ANTI BAKTERIA
Bunga ini tergolong dalam keluarga Asteraceae yang dulunya digunakan sebagai ubat untuk merawat luka, melegakan dan mampu memperbaiki jaringan kulit. Ekstrak bunga ini memberikan sifat antiseptik yang dapat menghilangkan bakteria daripada permukaan kulit dan menghasilkan kulit yang sihat.

MENCERAHKAN KULIT
Blue daisy yang digunakan dalam produk penjagaan kulit merupakan alternatif berkesan sebagai pengganti Hydroquinone (bahan terlarang sebagai pencerah kulit dalam kosmetik dan skincare), selamat digunakan untuk semua jenis kulit terutama sensitif, termasuk wanita mengandung.
Ia terbukti menghalang pengeluaran tirosin (asid amino yang diperlukan untuk pembentukan melanin dalam kulit dan menghasilkan warna asal atau semula jadi kulit) sebanyak 50 peratus di samping menghalang hiperpigmentasi. Juga berkuasa dalam menghalang kemunculan bintik hitam dan mencerahkan tompok-tompok gelap setelah terdedah dengan cahaya matahari.

MENGEKSFOLIASI KULIT SENSITIF
Ekstrak bunga daisy biru bermanfaat untuk menghalang radikal bebas ke dalam tubuh. Kombinasi unik polifenol dimiliki menghasilkan antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas. Asid terdapat pada bunga ini sesuai untuk mengeksfoliasi kulit sensitif.

MENGURANGKAN KERADANGAN KULIT
Manfaat bunga daisy biru terbukti dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Ia mempunyai sifat anti-inflamasi iaitu interleukin 8 (IL-8) dan prostaglandin 2 (PGE-2).
Malah ia menghasilkan antioksidan yang tinggi bagi memerangkap radikal bebas pada kulit jenis sensitif kepada kulit yang sihat dan melegakan.

TAHUKAH ANDA?
Sebelum memilih produk penjagaan kulit wajah, periksa dan kenali terlebih dahulu jenis kulit untuk menentukan kulit kering, ternyahhidrat atau sensitif.

Kulit kering – Jenis kulit yang tidak menghasilkan minyak semula jadi yang secukupnya, selalunya kelihatan mengelupas, bertompok dan kemerahan.

Kulit ternyahhidrat – Tidak mempunyai kandungan air cukup dan kelihatan kusam, terasa ketat, gatal dan sensitif. Rona dan keadaan kulit secara keseluruhannya nampak tidak sekata. Ada garis-garis halus pada wajah.

Penelitian bahan atau rumusan tepat dalam produk penjagaan wajah sangat penting bagi membantu menghidrat serta melegakan kulit sensitif secara mendalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN