Pandemik Covid-19 menyaksikan perubahan lanskap sosial negara. Ia turut merubah aspek boleh dimainkan wanita dalam menambah baik ekonomi dan kesejahteraan keluarga. Profesor di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin berkata, berdepan dengan pasca Covid-19, wanita perlu memiliki kemahiran dan mencipta peluang baharu disediakan pihak kerajaan dalam usaha pemerkasaan ekonomi keluarga. Katanya, latihan, motivasi, strategi pemasaran, bantuan mahupun subsidi dalam membantu wanita memulakan…










