BARU-BARU ini satu delegasi yang terdiri daripada tokoh-tokoh bahasa terkemuka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Parlimen bagi menyuarakan hasrat rakyat terhadap perlunya kerajaan bertegas dalam usaha pemerkasaan bahasa Melayu. Rakyat terutamanya peminat dan pejuang bahasa Melayu amat berbangga dan menyanjung tinggi Ismail Sabri menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan sempena lawatan rasmi ke Brunei, Kemboja dan Thailand. Kesanggupan beliau menggunakan bahasa Melayu dalam urusan…










