Gunting dapur merupakan salah satu alat memasak yang paling lazim digunakan di dapur. Ia bukan sahaja memudahkan proses penyediaan makanan, malah turut berciri serbaguna. Bagaimanapun kebanyakan individu menggunakan gunting dapur yang sama untuk pelbagai tujuan seperti memotong bungkusan makanan, mengumpil tin, menggunting herba dan sayur-sayuran, memangkas lemak, meleraikan daging mentah, atau menyiang ikan. Ia sebenarnya boleh menjurus kepada penyebaran bakteria yang mengakibatkan pencemaran makanan. Memahami hal itu, syarikat sains bertaraf…