PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Amru Al Haz Adnan dipilih sebagai antara imam untuk solat tarawih di Pusat Islam Universiti Oxford, Britain. Menurut hantaran agensi itu menerusi laman sosial rasminya, beliau yang juga berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan bertugas sepanjang Ramadan kali ini. “Selain memimpin solat sunat itu secara berjemaah, saya turut diminta untuk menjadi tenaga pengajar asas tahfiz al-Quran di…