SEJAK dahulu, ada insan yang hobinya suka mengumpul barangan lama. Barangan itu berupa wang, barangan antik, dokumen bersejarah, buku, surat khabar, setem, dan sebagainya. Mereka sanggup berhabis wang ringgit demi menjayakan minat mereka. Zakaria Meon, 71 tahun, pesara guru dari Batu Pahat mempunyai hobi mengumpul pelbagai barangan lama. Minat beliau tercetus sejak tahun 1975, ketika berusia 47 tahun. Beliau mengumpul keratan akhbar dan wang kertas. Semua bahan itu diletak dalam…