Etika memuji elak penyakit ain - Utusan Malaysia

Etika memuji elak penyakit ain

APABILA melihat sesuatu yang indah berdoalah untuk beroleh keberkatan daripada Allah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AIN bermaksud mata yang memandang. Mata merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada semua manusia. Gunanya untuk melihat seantero alam semesta. Tujuannya supaya mereka beriman dan bersyukur kepada-Nya.

Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Wahyu, Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Kasim Ramli, hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: Dia menjadikan untuk kamu pendengaran, penglihatan, hati nurani supaya kamu bersyukur) (al-Nahl: 78)

MELIHAT CARA SALAH
Setiap hari kita melihat pelbagai objek dengan pelbagai tujuan malah Islam adalah agama yang sempurna meliputi segala amalan dan perbuatan termasuk adab-adab melihat.

“Ramai yang tidak arif perkara ini. Akibatnya mereka melihat seseorang atau sesuatu dengan cara yang salah. Antaranya, memuji seseorang kerana terpesona dengan fizikal, kemahiran, bakat, pangkat dan sebagainya seperti ia berkata, ‘wah putihnya bayi ini, wow hebatnya awak’.

FIZIKAL & PSIKOLOGI AIN
Pesakit ain boleh dikenali melalui simptom fizikal dan psikologi. Antara tanda fizikal ialah berat kepala, insomnia dan degupan jantung luar biasa. Namun simptom ini berbeza untuk setiap orang.

MEMUJI DENGAN BERDOA
Kata Kasim, pujian adalah bagus kerana ia memenuhi kehendak nurani manusia namun terdapat etika dalam memuji. Apabila kita melihat seseorang atau sesuatu dengan perasaan terpegun dan terpesona, pujilah hingga melangit sekalipun tetapi jangan berakhir kekosongan begitu sahaja.

“Etika pujian ialah pemuji hendaklah memohon keberkatan daripada Allah SWT.

“Antara doa keberkatan yang dimaksudkan adalah pemuji perlu menyebut masya-Allah, tabarak-Allah atau kedua-duanya sekali dan seumpamanya yang bersifat menjemput berkat.

“Dengan berdoa demikian ketakjuban itu menjadi semakin subur. Yakni yang cantik terpelihara kecantikan dan menjadi semakin cantik yang kaya bukan sahaja kekal kaya bahkan kekayaannya berlipat kali ganda,” katanya.

Pujian tidak disertai dengan doa, adalah pujian daif yang memberi ruang kepada syaitan dan hasad pemuji untuk menghembuskan venom dan bisa di lidah dan lisan pemuji lalu melakukan pujian kosong.

“Ia bersifat merosakkan dan memudaratkan. Akibatnya yang cantik menjadi hodoh dan buruk, yang kaya menjadi miskin dan papa kedana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×