“Engkau dah siapkan kerja sekolah? Jangan tak buat ya. Karang kalau cikgu engkau panggil aku ke sekolah, siap kau aku kerjakan.” Kata-kata ini saya terdengar daripada perbualan seorang ibu muda pertegahan usia 30an kepada anaknya sewaktu kami sama-sama beratur membuat pesanan makanan di sebuah restoran. Anaknya lelakinya yang saya kira dalam lingkungan usia 10 tahun hanya mengangguk faham sambil tersenyum. Tiada yang luar biasa saya perhatikan. Mereka kelihatannya keluarga bahagia.…