LEBIH tiga dekad figura bersuara emas ini mencurah bakti seni. Itu sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi legenda yang disayangi. Datuk Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, 57, adalah penyanyi disegani. Lagu-lagunya menjadi siulan dan mewarnai. Bagi peminat, beliau istimewa. Saya antara ribuan yang mengagumi anak kelahiran Negeri Sembilan ini. Pada saya, Aishah penyanyi yang besar kecintaannya kepada dunia seni. Itu terbukti. Sehingga hari ini, dia masih bertahan di sini.…