Kek Pandan Gula Melaka beraroma, enak

Kek Pandan Gula Melaka beraroma, enak

Cef Sarah Ariffin berkongsi resipi kek hasil air tangannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEK Pandan Gula Melaka selain dijadikan pemanis mulut minum petang, ia juga boleh dijadikan sebagai kek ulang tahun kelahiran, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.

Aroma pandan yang membangkitkan selera menjadi kegilaan ramai penggemar kek ini.

Kek Pandan Gula Melaka air tangan Cef Sarah Ariffin ini tidaklah terlalu manis. Tekstur kek yang gebu dilapis pula dengan frosting gula Melaka menambahkan lagi keenakan rasa kek ini.

Bahan-bahan Kek Pandan

375 gram salted butter
330 gram gula kastor
5 biji telur
375 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar perisa pandan

Cara-cara penyediaan

1. Pukul mentega dan gula hingga warna bertukar menjadi pucat dan gula telah larut. Pastikan mentega tidak cair sebelum dipukul.

2. Masukkan telur satu persatu dan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik. Pukul hingga sebati.

3. Masukkan perasa pandan, kacau adunan hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tuang ke dalam dua loyang bulat bersaiz 9 inci. (Pastikan loyang telah dialas dengan baking paper).

5. Panaskan ketuhar kepada 180 darjah selsius menggunakan haba atas dan bawah. Masukkan loyang ke dalam ketuhar. Bakar selama 45 minit, hingga kek masak.

6. Sejukkan kek di atas cooling rack.

Bahan-bahan Frosting
Gula Melaka

300 gram cream cheese
80 gram unsalted butter
100 gram gula aising
120 gram gula Melaka
50 mililiter air
500 gram non-dairy cream

Cara-cara penyediaan
Frosting Gula Melaka

1. Didihkan air dan gula Melaka untuk dijadikan sirap atau paste. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

2. Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut. Campurkan dengan gula aising. Kemudian masukkan sirap gula Melaka yang telah dimasak. Gunakan K-beater ataupun paddle attachment jika menggunakan pengadun.

3. Dalam mixing bowl yang asing, pukul krim non-dairy hingga kembang. Gunakan spatula dan campurkan krim putar dengan adunan cream cheese.

4. Belah kek untuk dijadikan dua bahagian dan sapukan gula Melaka frosting di tengahnya. Jika ingin rasa gula Melaka lagi kuat, boleh taburkan kepingan gula Melaka di tengah kek selepas frosting disapukan.

5. Saluti permukaan kek dengan frosting dan hias ikut citarasa anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×