Mukadimah Wabak Covid-19 yang masih menghantui, meninggalkan seribu satu kedukaan. Antaranya, ia menutup pintu sempadan negara dan memberi kesan terhadap kemasukan buruh dan pekerja asing. Bercakap soal kesan penutupan sempadan terhadap ekonomi yang menjurus kepada kemerosotan sumber pekerja asing, antara sektor yang menerima impak paling ketara termasuk para pengusaha restoran muslim atau kedai mamak. Soalnya, apa kata pemain industri itu? Bagaimana sektor tersebut, yang menyumbang berbilion ringgit terhadap kepesatan ekonomi…