Tubuh badan manusia terdiri dari lebih 600 otot dengan masing-masing memiliki fungsi tertentu. Dari mengepam darah ke seluruh badan, memanaskan tubuh juga membantu kita mengangkat beban.
Namun apabila menginjak usia 30-an, tubuh mulai kehilangan jisim otot secara beransur-ansur dalam proses yang dikenali sebagai sarcopenia.
Sungguhpun ramai dalam kalangan kita cakna kesihatan, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada terlupa mengenai aktiviti senaman dan diet sihat ketika sibuk menjalani urusan harian.
Lantaran itu kita sering menyalahkan proses penuaan apabila berasa lesu dan kurang bertenaga.
Realitinya tanpa kita sedari, kehilangan otot berlaku secara beransur-ansur dan senyap, tanpa kita sedari.
Kita hanya sedar apabila tubuh mengalami masalah kesihatan seperti dimasukkan ke hospital atau jatuh sakit.
Namun jangan panik kerana kehilangan jisim otot dan kekuatan boleh ditangani.
Pengarah Perubatan (Nutrisi) di Abbott Malaysia, Dr. Nina Mazera Mohd. Said berkata, penjagaan kesihatan otot antara langkah terpenting yang boleh diambil tetapi ia tidak bermaksud kita wajib meluangkan masa berjam-jam di gim.
Sebaliknya katanya dengan mengambil protein di mana protein ialah rakan karib otot.
“Orang dewasa disarankan mengambil sekitar 30 gram (g) protein dalam setiap hidangan.
“Memandangkan kekuatan dan fungsi otot adalah saling berkait rapat, pengambilan protein yang tidak cukup dalam diet boleh menyebabkan badan kita lebih cepat letih, seterusnya menjejaskan motivasi untuk menjalani gaya hidup sihat,” katanya.
BUKAN SEMUA PROTEIN SAMA
Dr. Nina menjelaskan, meskipun pengetahuan berkenaan membantu memotivasikan individu untuk makan lebih ayam, telur, kekacang dan sumber berprotein tinggi yang lain, tetapi kita harus sedar bahawa bukan semua protein dicipta sama.
Sebaliknya, kata beliau, peningkatan pengambilan sumber protein semata-mata adalah sia-sia jika anda tidak dapat memenuhi keperluan protein harian tubuh yang bersesuaian.
“Tambahan pula, disebabkan proses penuaan, mereka yang berusia harus meningkatkan pengambilan makanan kaya protein berbanding orang yang lebih muda sambil mengimbangkan pengambilan protein dalam setiap hidangan utama bagi memaksimumkan manfaat protein,” katanya.
Pengambilan susu tinggi protein seperti Ensure Max Protein yang sedia diminum dapat membantu mengisi jurang nutrisi apabila sajian harian tidak lagi memadai.
“Ia bukan sahaja mengandungi 30g protein bermutu tetapi juga 25 vitamin dan mineral serta kandungan gula serendah 1g.
“Jadi, kita dapat memenuhi keperluan nutrisi harian tanpa risau akan kalori. Selain itu, ia juga sesuai untuk mereka dengan intoleransi laktosa atau mereka yang mengamalkan diet bebas gluten,” katanya.
USAH ABAI FAKTOR LAIN
Selain protein, nutrisi yang baik adalah kunci penuaan yang sihat.
Bagi mendapatkan nutrien yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan, kita haruslah mengamalkan diet yang seimbang dan pelbagai dengan pilihan makanan yang kaya nutrien.
Contohnya, pengambilan Vitamin D yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko jatuh dan patah tulang dalam orang dewasa.
“Jadi, lain kali apabila anda menikmati morning walk, janganlah takut untuk berjemur di bawah matahari.
“Selain nutrien yang baik, senaman juga sama penting untuk membina dan mengekalkan kekuatan otot seiring peningkatan usia,” katanya.

Pelan senaman yang ideal seharusnya merangkumi aerobik seperti berjalan kaki serta latihan rintangan atau kekuatan.
Dr. Nina menegaskan, individu harus sedari tindakan sekecil berjalan-jalan dan membawa beg beli-belah turut memberi bermanfaat kepada tubuh.
“Sudah tentulah tubuh memerlukan lebih protein untuk membina dan membaiki otot seiring amalan gaya hidup yang aktif,” katanya.
Dr. Nina mengingatkan untuk melakukan persedian lebih awal demi membina hari esok yang lebih sihat.
“Walaupun sekarang anda fikir ia mungkin tidak penting tetapi ia mustahak untuk masa tua kelak.
“Berusahalah mencapai dan mengekalkan prestasi badan dan kesihatan terbaik seawal mungkin, bukannya apabila tubuh mengeluarkan amaran, barulah kita sibuk mengamalkan senaman dan diet seimbang,” katanya.










