Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah - Utusan Malaysia

Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah

Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU aroma nasi lemak memikat selera ramai. Pastilah hidangan ini tidak akan ditolak jika disajikan di depan mata.
Pelbagai variasi nasi lemak terdapat di Malaysia. Salah satunya ialah Nasi Lemak Hijau Pandan Ayam Berempah.
Seri kali ini berkongsi resipi sentuhan Siti Hasmah Abu Hasan, menggunakan beras basmathi untuk melengkapkan rasa hidangan nasi lemak pandan. Jom cuba.

Resipi Nasi Pandan Ayam Berempah

Bahan-bahan nasi lemak
3 cawan beras Basmathi Pusa 1121 (rendam 10 minit, basuh dan toskan)
1 kotak kecil santan
2 1/2 cawan air
5 hirisan halia
1/2 sudu teh garam
3 sudu minyak masak
1 penutup kecil pewarna hijau
Sedikit perisa pandan atau daun pandan

Nota: 1 cawan santan kotak bersamaan 2 1/2 cawan air untuk 3 cawan beras. Boleh lebihkan air kalau suka nasi sedikit lembut. 3 cawan beras bersamaan 1 cawan santan dan 3 cawan air mengikut jenis beras yang digunakan.

Cara-cara penyediaan
1) Tanak atau masak nasi menggunakan periuk nasi seperti biasa.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan dan tunggu sehingga masak serta bau aroma nasi lemak.
Bahan-bahan sambal tumis
1 mangkuk kecil ikan bilis (dibasuh, tos dan goreng terlebih dahulu)
3 atau 4 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah besar dihiris bulat
2 keping asam keping
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh kicap manis
2 inci gula Melaka (ganti 1 sudu makan jika guna gula perang atau gula pasir)
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan
1) Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga pecah minyak.
2) Masukkan asam keping, sos tomato, gula Melaka dan garam.
3) Masukkan kicap manis, pastikan cukup rasa dan tutup api. Biarkan 10 minit, tabur bawang merah dan gaulkan dengan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu.
Bahan-bahan ayam berempah
300 gram ayam (digaul kunyit)
2 ketul besar halia
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit daun kari

Cara-cara penyediaan
1) Kisar atau tumbuk halia, bawang putih, garam, jintan kasar dan jintan halus.
2) Letakkan bahan kisar ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar.
3) Goreng ayam menggunakan minyak panas. Tiga minit sebelum angkat, taburkan daun kari.
4) Siap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN