Georgette Chen artis tersohor yang tiada galang ganti - Utusan Malaysia

Georgette Chen artis tersohor yang tiada galang ganti

(Atas kanan) GEORGETTE Chen beramah mesra dengan Tunku Abdul Rahman dan isterinya, Tun Sharifah Rodziah semasa pameran seni di Dewan British Council, Kuala Lumpur, 1956. – GALERI NASIONAL SINGAPURA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETTE CHEN merupakan tokoh utama dalam perkembangan seni moden di Singapura.

Beliau diiktiraf secara meluas menerusi pencapaiannya sebagai seorang pelukis dan pendidik.

Di Zhejiang, China pada 1906 dan mengikuti pengajian di Akademi Seni di Paris dan New York, beliau mempamerkan hasil kerjanya dalam pameran solo tahunan termasuk pameran solo di Paris, Shanghai, New York, Singapura dan Kuala Lumpur.

Kehidupan Chen dipenuhi dengan konflik tempatan dan global termasuk Revolusi China 1911 dan 1949, serta Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Begitupun di sepanjang pergolakan ini, beliau tetap berdedikasi dengan profesion sebagai seorang pelukis.

Anak keempat daripada 12 beradik ini sangat terkenal dengan lukisan minyak yang dihasilkan mengenai haiwan, buah-buahan, keluarga, potret dan lokasi bersejarah.

Chen berpindah ke Tanah Melayu dan menetap di Singapura pada 1953 dan mula menempa nama sebagai pelukis dan pendidik.

Bekerja selama hampir tiga dekad di Nanyang Academy of Fine Arts, Chen aktif memainkan peranan dalam komuniti seni, berkhidmat sebagai mentor dan memberikan sokongan kepada pelukis lain.

MENGEMBARA KE PERANCIS
Bapanya, Zhang Jingjiang merupakan pembekal barangan antik antarabangsa dan sahabat baik kepada tokoh revolusi China, Sun Yat Sen.

Selepas pulang ke Paris pada 1927 dari New York, beliau mendaftar masuk di Arts Students League dan bertemu dengan wartawan, Eugene Chen, yang merupakan antara delegasi China semasa seminar Paris Peace 1919.

Beliau pernah menuntut di Academie Colarossi dan Academie Biloul di Paris.

Chen berkahwin dengan suaminya, Eugene pada 1930.

Hasil lukisan Chen dipamerkan di Paris World Fair dan Pameran Pelukis Wanita di Musee di Jeu de Paume, 1937.

Tahun sama, perang China-Jepun kedua meletus dan Chen mengikut suaminya ke Shanghai dan Hong Kong.

Setahun sebelum itu, beliau mengadakan pameran solo di Galerie Barreiro di Paris yang mempersembahkan penghormatan besar pelukis pada 1932.

GEMAR MEMOTRET SUAMI
Chen kerap melukis potret suaminya. Lukisan terakhir tentang jantung hatinya itu dilakar pada 1944, tahun sama suaminya meninggal dunia semasa masih dikenakan tahanan rumah di Shanghai.

Pasangan itu dikenakan pengawasan oleh tentera Jepun disebabkan keengganan suaminya bekerja dengan pihak tentera.

Lukisan itu menunjukkan Eugene sedang duduk memandang tepat ke arah isterinya, sambil sebelah tangan memegang manuskrip terbuka dan sebelah lagi mengangkat kepalanya dengan jari bagi menyem­bunyikan kening yang berkerut.

AJAR SENI DI PULAU PINANG
Chen pernah tinggal di Pulau Pinang dari 1951 hingga 1953 dan mengajar seni lukisan di Sekolah Tinggi Han Chiang.

Beliau menjadi semakin akrab dengan keluarga mendiang suaminya sehingga mengabadikan sebuah lukisan dalam Potret Keluarga.

Lukisan itu merupakan salah satu karya terbesar dalam kerjayanya bersama Keluarga Hakka dari 1939, yang menunjukkan imej seorang ibu menyusukan bayi diapit oleh dua anaknya yang masih kecil dengan kelihatan topi tergantung di dinding.

LUKIS POTRET TUNKU ABDUL RAHMAN
Chen bertemu buat kali pertama dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, pada 1931 semasa beliau dan suami mengembara dari Eropah ke Shanghai melalui Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman melantik beliau sebagai pelukis potret wajahnya.

Pada 1956, Chen mengadakan pameran solo di British Council, Kuala Lumpur, di bawah naungan Tunku.

Berpindah ke Singapura pada 1954 merupakan detik penentu bagi Chen.
Beliau mula mengajar di Nanyang Academy of Fine Arts yang ditubuhkan oleh Lim Hak Tai.
Hak Tai ialah perintis gaya lukisan Nanyang yang menyatukan teknik barat dengan subjek Asia.
Chen akhirnya menjadi salah seorang tokoh terkemuka dengan teknik lukisan itu. Antara bekas anak muridnya ialah Ng Eng Teng yang merupakan seorang pelopor seni arca di Singapura.

JASA BESAR
Sebelum beliau meninggal dunia pada 1993, Chen membina hubungan baik dengan masyarakat dan institusi seni seperti Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD) dan Persatuan Seni Singapura.

Beliau turut berkhidmat sebagai pentadbir geran untuk Yayasan Lee.

Sejak menerima sumbangan 53 karya seni daripada Yayasan Lee pada 1994, Galeri Nasional Singapura membina warisan peninggalan Chen serta melancarkan The Worlds of Georgette Chen pada 2014, sebuah dokudrama mengandungi tiga bahagian tentang kehidupan Chen yang diterbitkan oleh Channel News Asia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×