Film is not dead – Jurufoto Analog - Utusan Malaysia

Film is not dead – Jurufoto Analog

Kelebihan kamera menggunakan filem ialah ia mampu memberi impak tona yang mewah dan asli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Steve Sasson, merupakan individu yang pertama mencipta kamera digital di dunia. Sejak itu, industri kamera analog yang menggunakan filem mula ketinggalan ditelan arus pesat teknologi digital.

Namun begitu masih terdapat segelintir peminat fotografi di Malaysia memiliki kamera SLR (single-lens reflex) dan kamera kompak. Slogan mereka ialah Film is not dead dan mempunyai grup khas di Facebook yang di ikuti lebih kurang 10,000 pengikut.

Shahrul Nizam Basri merupakan salah seorang jurufoto yang begitu aktif dan bersemangat dalam penghasilan gambar menggunakan filem.

Sebahagian jurufoto yang masih aktif menggunakan filem semasa outing di sekitar Kuala Lumpur.

Antara tarikan utama ialah isu sentimental yang dialami oleh beliau yang pernah hidup di dua era ini. Beliau mudah mengadaptasi penggunaan kamera digital dan mengetahui apa kekurangan yang ada pada kamera digital.

Penggunaan Kamera analog melatih beliau menguji kemahiran berfikir sebelum memetik shutter. Antara ilmu asas yang paling penting ialah menentukan komposisi subjek, sudut pencahayaan dan dedahan yang sesuai.

Dalam kepesatan era digital sekarang, imej yang dihasilkan oleh kamera digital sudah mampu menandingi keindahan dan kemewahan warna seperti yang dihasilkan oleh kamera filem.

Terdapat juga syarikat yang menghasilkan kamera memasukan mod khas yang menyerupai jenis filem semasa era analog.

Sebut saja Kodak ColorPlus 200, Fujicolor 200, Kodak Portra 400, Kodak Tmax 400 atau filem bangsawan Ilford HP5 plus 400, ini semua igauan manis jurufoto analog.

Masih terdapat beberapa kedai yang membekalkan filem dan khidmat memproses filem kepada pelanggan, antaranya Bang Bang Geng dan Darkroom 8.

Banyak syarikat besar telah menghentikan pengeluaran filem sejak lima tahun kebelakangan ini.

Namun ia tidak menjadi batu penghalang untuk mereka terus aktif.

Ada beberapa pelanggan meminta Shahrul merakam gambar menggunakan filem.

Cuma mereka harus bersabar kerana ia memakan masa sedikit berbanding kepantasan yang mampu dihasilkan oleh kamera digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN