Pada 30 Oktober 2021 telah pergi seorang guru mulia, seorang musnid (ahli sanad) dan hadis yang agung, Syeikh Fahmi Zamzam al-Nadwi al-Maliki (semoga Allah merahmati rohnya). Keilmuan beliau terzahir di seluruh nusantara bermula di Indonesia hingga ke Malaysia dan selatan Thailand. Beliau ialah tokoh mengajar pelbagai ilmu seperti hadis, tasauf dan lain-lain. Ketokohan beliau tidak hanya dikenali di nusantara. Sebaliknya sehinggakan di Oxford, bandar ilmu di United Kingdom. Datuk Dr.…