Ramai dalam kalangan kita mengetepikan simptom masalah mata dalam kalangan orang tua. Ini kerana menganggapnya sebagai kehilangan penglihatan normal atas faktor penuaan atau penyakit mata lain yang mungkin tidak perlu diberi perhatian yang begitu serius. Ini termasuklah kemerosotan makula disebabkan penuaan (AMD). Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr. Nor Fariza Ngah berkata, AMD antara penyakit kemerosotan mata kronik dan salah satu punca utama kehilangan penglihatan serius kepada individu berusia 50…










