Wan Izhar Abu Bakar bukan nama asing bagi peminat dan pengikut fotografi genre fesyen dan potret tempatan. Beliau boleh diletakkan sebaris dengan Din Arshad, Bustamam Mokhtar, Sofea Yusof dan Ikram Ismail.
Pernah berkhidmat di Berita Publishing dalam penghasilan majalah Jelita, Anjung Seri dan Malaysian Business suatu ketika dahulu. Pengalaman yang ditimba menaikkan nama beliau dan mula bergerak sendirian dengan menubuhkan ODS Studio.
Wan Izhar menimba ilmu dalam asas fotografi pada tahun 1991 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di UiTM Shah Alam pada 1992 dalam mengkhusus dalam Fashion & Portraiture, Faculty of Art & Design.

Beliau menyambung pengajian ke peringkat ijazah pada 2018 di UiTM.
Wan Izhar menubuhkan ODS Studio dengan menumpukan kepada pengarahan kreatif, fotografi dan grafik.
Diiktiraf sebagai ‘profesional’ dalam genre komersial fotografi pada 2016 oleh Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG Malaysia) dan pernah memenangi anugerah ‘Pereka Kulit Album Terbaik’ dalam Anugerah Industri Muzik 2014 (AIM21).
Minat dan pengalaman dalam Fashion & Portrait Photography melonjakkan lagi namanya dengan menghasilkan beberapa cover album dan profil shoot beberapa artis ternama.
Beliau kemudian terlibat dengan penghasilan buku laporan kewangan beberapa syarikat besar.
Pengetahuan dalam dunia fesyen lebih memudahkan beliau selaku jurugambar dan pengarahan seni menghasilkan potret ahli korporat yang lebih segar dan glamor.
Pada 11 Oktober 2021, Wan Izhar meninggal dunia akibat serangan jantung. Al-fatihah.










