PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO adalah lambang perpecahan orang Melayu yang terpisah atas keegoan kelas sosial dan elit politik yang mengutamakan kepentingan diri berbanding bangsa dan agama. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepatutnya dijadikan ujian kepada maksud kebersamaan dan melupakan segala dendam demi kestabilan politik negara. Beliau menjelaskan, dengan sikap Melayu…