KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Misha Omar, 40, mengaku memilih untuk mengenepikan dahulu hasrat untuk hamil kali kedua demi menjaga reputasi dan mengutamakan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya. Menurut Misha, hasrat itu juga sejajar demi menjayakan konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Bersama Bintang yang bakal diadakan pada 30 Oktober ini di Istana Budaya (IB). “Memang saya ada menjalani rawatan kesuburan iaitu ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) sebelum ini. Malah, sudah…