Bubur Asyura Utara, resipi mudah dan cepat dimasak - Utusan Malaysia

Bubur Asyura Utara, resipi mudah dan cepat dimasak

Bubur Asyura Utara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biasanya bubur Asyura dimasak bagi menyambut Hari Asyura pada 10 Muharam. Namun begitu bubur Asyura ini boleh juga disediakan pada hari lain untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Secara asasnya, bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Antaranya beras, kacang, buah-buahan dan sebagainya.

Setiap negeri di Malaysia ada versi bubur Asyura mengikut citarasa masing-masing. Terpulang kepada anda untuk mencuba versi resipi dari negeri mana sekali pun.

Boleh cuba perkongsian resipi bubur Asyura oleh Nur Aishah Md Saad ini. Resipi ini hanya menggunakan dua cawan tepung dan santan kotak. Mudah dan cepat dibuat.

Resipi bubur asyura Utara

Bahan-bahan bubur asyura Utara

Bahan A:
2 cawan Tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
200 mililiter (ml) santan kotak
4 cawan air – (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 cawan gula putih
Gula merah – agak-agak hendak manis bagaimana atau warna macam mana.
(Gula merah ini dimasak atau dibancuh dengan 1 cawan air panas terlebih dahulu.)

Bahan B:
1 tin Jagung – (tak guna semua)
½ biji Ubi keledek – potong dadu dan rebus
½ cawan Kacang hijau – rebus terlebih dahulu
½ cawan Kacang merah 1/2 cawan – rebus terlebih dahulu
½ cawan Kacang kuda – rebus terlebih dahulu

Cara-cara membuat bubur asyura utara:
1-Ambil kuali. Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi.

2-Setelah kacau semua bahan-bahan baru buka api perlahan.

3-Campur semua bahan B setelah bahan A hampir hendak masak.

4-Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.

5-Setelah masak, boleh angkat dan tuangkan bubur asyura ini ke dalam bekas.

6-Biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan.

Terima kasih: Nur Aishah Md Saad
Facebook: Nur Aishah Md Saad/https://www.facebook.com/naieyshahms
https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/3746476372342318

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN