Apam puri inti kastard, lembut dan gebu - Utusan Malaysia

Apam puri inti kastard, lembut dan gebu

Apam puri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehabisan idea hendak buat sajian minum petang? Apa kata cuba buat apam puri berintikan kastard. Lembut dan gebu rupa apam puri ini setelah siap dimasak.

Apam puri inti kastard ini rupanya seperti karipap. Apa yang membezakannya apam ini daripada karipap adalah intinya manis. Sesuai sangat buat peminat sajian yang manis-manis.

Hendak buatnya tidak susah. Hanya guna sukatan cawan sahaja. Apam puri ini sedap dimakan ketika masih panas atau setelah disejukkan di dalam peti ais.

Resipi apam puri inti kastard
(Untuk 34 biji apam puri)

Bahan-bahan inti kastard:
2 cawan susu segar / fresh milk (nak guna air pun boleh)
1/2 cawan gula
1 biji telur gred A
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila – pilihan
Pewarna kuning

Bahan-bahan untuk buat kulit apam:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur gred A
2 cawan air
Pewarna hijau, merah dan kuning

Cara-cara penyediaan:
Untuk buat inti:

1-Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk.
2-Kacau sentiasa di atas api sederhana hingga pekat dan meletup-letup.
3-Setelah siap, masukkan ke dalam bekas.
4-Tutup permukaan inti dengan plastik wrap supaya tidak berkerak / berkepala.

Untuk buat kulit:
1-Satukan semua bahan-bahan di dalam bekas. Kacau dan tapiskan.

2-Bahagi kepada tiga bahagian. Campur pewarna pada setiap bahagian berbeza.

3-Panaskan kuali non stick. Tuang satu senduk kecil bancuhan untuk kulit ini. Ratakan sedikit.

4-Biar selama dua hingga tiga minit sehingga masak.

5-Angkat dan letak kulit di atas acuan karipap. Bubuh inti tetapi jangan banyak sangat. Kalau tidak ada acuan karipap, boleh tekan dengan garfu sahaja di bahagian tepi kulit.

6-Tutup dan buang lebihan lebih kulit. Supaya tidak membazir jangan buang lebihan kulit tadi. Boleh dicicah dengan inti tadi.

7-Setelah siap, boleh hidang semasa masih suam atau sejuk setelah disimpan dalam peti ais.

Terima kasih: Nor Al Fatihah
Facebook: Nor Al Fatihah /https://www.facebook.com/cwnor.alfatihah
https://www.facebook.com/groups/940772822933012/permalink/1547830372227251

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN