Pasti ada antara kita suka makan mi sizzling atau mi yang dimasak di atas hot plate yang panas berasap. Mi kering yang dimasak dengan kuah kicap pekat likat sajian makanan Cina yang sudah jadi hidangan popular di Malaysia.
Pelbagai jenis mi kering boleh digunakan untuk dipadankan bersama kuah kicap pekat likat ini. Apa kata anda cuba resipi sizzling yee mee perkongsian Shai Anne Ahemed ini.
Kuah sizzling yee mee ini pekat likat disebabkan ada dimasukkan tepung jagung di dalamnya. Bahan-bahan utama dalam kuah ini pastilah ayam dan cendawan.
Apa yang membuatkan sizzling yee mee ini jadi tarikan adalah ia dimasak atas hot plate yang panas berasap. Mee dan kuah berisi bahan-bahan ini akan diletakkan atas plate. Setelah siap dimasak, telur akan dipecahkan di tepi plate sebagai pelengkap.
Pastikan anda berhati-hati apabila makan sizzling yee mee kerana hot plate yang digunakan itu panas. Selamat mencuba.
Resipi sizzling yee mee
Bahan-bahan untuk kuah:
1 mangkuk ayam – dipotong kecil
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong
5 ulas bawang putih – cincang
1 inci halia – hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam – dikisar sendiri
1 senduk kicap pekat
1 senduk sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
3 sudu besar tepung jagung -dilarutkan dalam sedikit air
Garam
Gula
1 liter air
Bahan-Bahan lain:
1 bungkus yee mee
(Boleh jugak guna mee kuning, kueh tiaw & nasi putih pun sedap)
Telur
Sayur Pak choy
Cara penyediaan:
1. Perap ayam dengan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
4. Masukkan cendawan shiitake.
5. Masukkan 1 liter air. Perasakan dengan garam dan 1 sudu besar gula.
6. Apabila sudah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
7. Tutup api.
8. Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee.
9-Curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pak choy. Masak sekejap hingga mee lembut.
10. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan ingin disediakan.
Terima kasih: Shai Anne Ahemed
Facebook : Shai Anne Ahemed / https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/100001108553362/










