Penggemar sajian berasaskan makanan laut bercengkerang pasti sukakan ketam. Terdapat pelbagai resipi ketam yang boleh dicuba. Apa kata kali ini anda cuba resipi ketam sweet sour chinese style ini.
Rasa masam manis sajian ini pasti membangkitkan selera terutamanya jika dimakan ketika masih panas.
Antara tips pemilihan ketam, semasa membeli ketam, pastikan anda memicit di bahagian belakang badan ketam tersebut. Kalau rasa lembut, itu bermakna ketam itu tidak ada isi. Kalau ketika ditekan itu terasa padat, bermakna banyak isi ketam tersebut.
Berbanding ketam yang digoreng terlebih dahulu, ketam yang kalau dimasak sekejap sahaja akan mudah jadi basi. Oleh itu perlulah dimasak lama sedikit bagi mengelakkan ia berlaku.
Resipi ketam sweet sour chinese style
Bahan-bahan:
10 ekor ketam
6 ulas bawang putih – dicincang
Halia – sebesar ibu jari – dicincang
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula
2 sudu makan sos tiram
3 sudu kecil kicap cair
1 mangkuk air
1 sudu makan black vinegar
1 sudu makan sos tomato
Garam secukup rasa
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur putih sahaja
Minyak untuk memasak
Cara penyediaan:
1-Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, halia yang telah dicincang tadi sehingga naik bau.
2-Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3-Selepas itu masukkan sos cili, gula, sos tiram, kicap cair, air, black vinegar, dan sos tomato. Kacau seketika. Kemudian masukkan garam.
4-Selepas itu masukkan ketam. Gaul sama rata.
5-Setelah ketam itu sudah masak, masakkan tepung jagung. Letakkan air sikit untuk melarutkan tepung jagung itu.
6-Gaul rata ketam dan kuahnya itu. Kemudian masukkan putih telur.
7-Gaul rata dan tutup sekejap ketam itu. Masak lebih kurang 5 hingga 6 minit.
8-Setelah masak, bolehlah tutup api dapur. Angkat dan hidangkan.
Terima kasih: Ameera
Facebook : Ameera/https://www.facebook.com/ibucantik.ameera
https://www.facebook.com/groups/893596560709353/user/100017042160748










