Kadangkala teringin juga makan masakan ringkas tapi enak, bukan?
Gulai tempoyak daun kayu antara menu mudah untuk disediakan tapi agak merbahaya kerana boleh menyebabkan bertambah nasi berpinggan-pinggan, apatah lagi jika disajikan bersama ikan masin atau ikan goreng.
Tak ingat dunia! Selamat mencuba resipi Nur Fakhira Mohd. Rosli.
Bahan untuk dihiris: (kuantiti ikut selera)

* Pucuk ubi
* Daun kunyit
* Daun kadok
* Daun kesum
* 4 tangkai bunga kantan
* Kacang botol
Bahan lain:
* Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan diingini)
* 3 inci kunyit hidup
* Air secukupnya
* 1 kilogram (kg) santan segar
* 2-3 cawan tempoyak
* 2 keping asam keping
* 1 cawan jering (rebus dengan air garam, buang kulit dan hiris)
* 1 cawan petai
* 2 cawan udang kecil (boleh ganti ikan bilis)
* 3-4 batang serai (mayam)
* Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
* Hiris bahan-bahan yang perlu.
* Kisar atau tumbuk cili api dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk dengan sedikit air. Biar mendidih.
* Tambah santan, tempoyak dan serai. Kacau sampai mendidih pekat.
* Tambah jering, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau
sebati.
* Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semuanya layu.
* Tambah udang dan petai, kacau sebati.
* Kecilkan api, tutup periuk, biar mereneh sampai semua masak sekata. Apabila masak, tutup api.










