Pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia, menjejaskan aktiviti harian warganya. Banyak perancangan tergendala akibat pergerakan yang terbatas dengan pelbagai bentuk perintah kawalan yang dilaksanakan bagi mengawal jangkitan virus membunuh itu. Dalam menghadapi situasi semasa ini, wanita antara kelompok paling besar peranannya sebagai barisan hadapan untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Mereka tidak sekadar menjadi suri rumah, sebaliknya antara individu penting mendepani pandemik. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)…









