SEORANG bekas pensyarah Institut Perguruan Ipoh (IPG) Kampus Ipoh di Perak mencipta inovasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran menerusi kaedah Haraki iaitu menggunakan teknik Total Physical Response (TPR). Zakaria Nasirudin, 57, berkata, TPR adalah cara belajar membaca al-Quran menggunakan pergerakan anggota yang biasanya digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran bahasa Inggeris. Teknik itu telah digunakan sejak tahun 60-an lagi. Menurutnya, kaedah Haraki merupakan alternatif dalam membantu mereka yang lemah…










