Aplikasi pembelajaran kosa kata bahasa Arab berasaskan teknologi realiti terimbuh (augmented reality – AR), AR-Faseh menampilkan pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Ia dibangunkan Pensyarah dari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ia diketuai Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam UKM, Dr. Lily Hanefarezan Asbulah. Dr Lily Hanefarezan berkata aplikasi itu berpotensi meningkatkan kefahaman kosa kata bahasa Arab dan…