Kealiman Dr Muhammad Abdullah Diraz dan pemikirannya yang pertengahan menjadikan beliau lambang kepada pemikiran wasatiah di Universiti al-Azhar al-Syarif. Seorang ahli falsafah yang berakhlak mulia. Menjadikan al-Quran sebagai bacaan harian, memahami dan tadabur sehingga layak digelar ‘Lelaki al-Quran’. Sheikh Abu Zahrah berkata, Dr. Muhammad Diraz membaca al-Quran enam juzuk setiap hari. Ini bermakna beliau khatam setiap lima hari. Beliau dilahirkan pada 8 November 1894 di Mesir.Ayahnya, Sheikh Abdullah Diraz adalah…










