Mungkin ada yang masih tidak tahu, kini botol kaca juga sudah boleh dikitar semula bersama barangan kitar semula yang lain. Ia bukan sahaja boleh mengurangkan lambakan sisa pepejal di tapak pelupusan, malah turut memberikan pulangan wang tunai kepada individu yang prihatin terhadap kelestarian alam. Inisiatif itu merupakan program KITARecycle oleh SWM Environment Sdn. Bhd. dalam usaha menggalakkan aktiviti kitar semula. Dimulakan di negeri Melaka, program itu membolehkan penduduk mengumpul botol…