BERKALI-kali percubaannya menghasilkan hiasan khat kufi kayu gagal. Namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat Muhammad Hanis Nasiruddin, 23, untuk meneruskan kerja-kerja seni tersebut. Minat yang mendalam mendorong pengawal keselamatan dari Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu itu untuk menceburi bidang berkenaan secara sambilan walaupun tanpa sebarang ilmu di dada. Berpegang kepada prinsip usaha tangga kejayaan, Muhammad Hanis mula mempelajari teknik pembuatan hiasan berkenaan hanya menerusi video-video di laman Facebook dan…
 
								
 
								 
								 
											









