JIKA harapkan ganjaran terutama wang, kerjaya sebagai anggota tentera bukan jawapannya. Namun jika mahukan cabaran dan pengalaman, ia perlu dijadikan pilihan. Malah, kepuasan sebagai anggota keselamatan terutama ketika menyertai misi atau penugasan semestinya begitu ternilai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pegawai Waran 1 Teknisyen Letrik Senjata (TLS) Mohamad Noorfazli Ariffin dari Cawangan Udara sangat bertuah dan berbangga berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Banyak pengalaman pahit manis yang diperoleh…