Disney Hotstar sajikan Monster At Work - Utusan Malaysia

Disney Hotstar sajikan Monster At Work

Monsters at Work.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas kejayaan filem berjudul Monster Inc pada tahun 2001, Disney+ Hotstar kini membawakan naskah Pixar tersebut ke dalam dunia animasi bersiri khusus buat peminat-peminatnya.

Menerusi Monsters at Work, penonton kini berpeluang menyaksikan tayangan siri animasi tersebut yang telah pun memulakan tayangan perdananya bermula semalam di saluran Disney+ Hotstar.

Menerusi 10 episod yang telah dihasilkan, penonton dapat menyaksikan watak-watak daripada filem Monster Inc selain beberapa watak baharu yang diperkenalkan dalam Monster at Work.

Dalam siri animasi ini, Monster Inc dipaparkan sebagai sebuah akademi yang tidak lagi merekrut raksasa-raksasa yang bertugas menakut-nakutkan kanak-kanak di waktu malam.

Berbanding jeritan, Monster Inc menggunakan modus operandi baharu iaitu mengumpulkan suara gelak ketawa kanak-kanak untuk mengisi bandar Monstropolis.

Idea ini juga datangnya daripada Mike dan Sulley yang mendapati, gelak ketawa memiliki kekuatan dan kemampuan 10 kali ganda untuk menjana tenaga berbanding jeritan.

Dalam pada itu, setiap episod boleh ditonton setiap minggu bermula semalam dan penonton dapat kembali menyaksikan aksi Mike dan Sulley dalam Monster at Work yang masing-masing dibintangi oleh Billy Crystal dan John Goodman.

Selain mereka, antara aktor dan aktres terkenal lain yang turut ada dalam siri animasi ini ialah Ben Feldman (Tylor), Mindy Kaling (Val), Henry Winkler (Fritz), Lucas Neff (Duncan) dan Alanna Ubach (Cutter).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN