Babak seterusnya dah boleh agak - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Babak seterusnya dah boleh agak – Elly Mazlein

Elly Mazlein.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Turut berang dengan tindakan seorang usahawan biadap, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein, 40, melahirkan rasa yakin bahawa pasti selepas ini akan berlaku babak-babak klise yang boleh diagak oleh masyarakat dan pengguna media sosial.

Menurut Elly, memandangkan individu tersebut merupakan usahawan, kebiasaannya perkara yang menjadi tular seperti yang dilakukan tersebut akan terarah kepada objektif pemasaran sesuatu produk.

“Ada yang kurang ajar dengan orang tua? Memang awak tahap tombol pintu. Orang lain pun kaya juga, tak adalah macam awak. Nak bagi sumbangan bagi sajalah. Ini nak tunjuk hebat sampai jatuhkan maruah orang, dah kenapa hidup awak?

“Lepas itu acah-acah guna peguam. Tu sajalah permainan golongan tombol pintu. Dah buat hal, lepas itu acah-acah guna peguam supaya takut orang hentam.

“Lepas minta maaf, nangis sikit-sikit, konon menyesal atas keterlanjuran.Lepas itu bawa kamera satu lori untuk ambil gambar babak minta maaf, peluk-peluk nangis masuk dalam Instagram. Lepas itu buat jualan murah. Permainan ini sudah lapuk!”katanya.

Elly atau Kak Lina Pom Pom berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi hantaran yang sama, Elly juga menulis contoh babak berepisod yang mungkin bakal dilakukan oleh individu tersebut dalam nada sindiran.

Hantaran yang dimuat naik oleh pengacara ini juga telah menerima respons daripada pengikut, peminat dan rakan-rakan artis yang sama-sama dilihat tidak bersetuju dengan cara dan tindakan individu terbabit.

Antara yang bersetuju dengan pendapat Elly ialah Rozita Che Wan dan Haiza Hanafi.

Semalam, satu rakaman video membabitkan seorang individu kononnya influencer menjadi tular di pelbagai platform media sosial setelah dia bertindak mengherdik seorang warga emas secara terbuka di depan khalayak ramai.

Rakaman tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai pihak yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan individu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×