PETALING JAYA: “Jika dibuka tiga kali seminggu pun kami sanggup atau melalui janji temu. Apa yang penting kami boleh bayar keperluan asas lain dan bayaran sewa kedai.” Harapan itu diluahkan peniaga serta tukang gunting rambut selepas Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikenakan sejak 1 Jun lalu dilanjutkan. Mereka menyifatkan tindakan PKP 3.0 seperti tidak memberi sebarang makna dan berasa bagai dianak tiri berbanding sektor lain yang dibenarkan…










