Lizze Velasquez, bangkit dari jolokan wanita terburuk di dunia - Utusan Malaysia

Lizze Velasquez, bangkit dari jolokan wanita terburuk di dunia

Lizze Velasquez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-kira tiga dekad lalu, seorang bayi dilahirkan dalam keadaan pramatang ketika usia kandungan mencecah lapan bulan.

Bayi itu dilahirkan dengan berat kurang daripada satu kilogram serta mengalami keadaan kesihatan yang sangat aneh.

Doktor mengenal pasti tanda-tanda genetik neonatal progeroid syndrome bayi perempuan itu.

Walaupun bukan penyakit yang menyebabkan risiko kematian, kelainan itu menyebabkan tubuhnya terhalang daripada menghasikan lemak badan dan menambah berat badan serta mengalami simptom penuaan.

Itu aturan hidup yang perlu ditempuh buat empunya nama Lizzie Velasquez. Situasi itu menyebabkan dirinya terpaksa memakai baju anak patung sejak dilahirkan.

Sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah mempunyai berat badan melebihi 29 kilogram (kg).

Wajahnya berbentuk segi tiga memanjang dengan tulang hidung membengkok tajam seperti paruh burung.

Mata kanannya kabur sejak berusia empat tahun, namun kini buta sepenuhnya, sementara, mata kirinya sudah hilang keupayaan melihat.

Hanya 200 orang di dunia menghidap sindrom itu. Tidak hairanlah apabila ke mana sahaja beliau pergi, semua mata akan tertumpu terhadapnya.

PERBEZAAN BUKAN PENGHALANG
Lizzie tidak mengetahui dirinya berbeza dengan kanak-kanak lain sehingga dia memasuki tadika.

Kanak-kanak seusianya tidak menyukai dirinya baik ketika belajar ataupun bermain kerana mereka takut dengan penampilan Lizzie.

Lizzie sangat sedih kerana tiada seorang pun ingin duduk sebangku dengannya apatah lagi mengajaknya bermain.

“Jujur, saat itu saya tidak tahu saya berbeza daripada kanak-kanak lain. Saya gagal memahami apa yang berlaku. Balik ke rumah saya bertanya kepada ayah dan ibu, apa yang tidak kena dengan diri saya?” katanya.

Wanita kelahiran Texas itu cuba mengenang masa-masa getir dalam kamus hidupnya. Kedua-dua ibu bapanya berusaha meyakinkan Lizzie, tiada yang salah dengan dirinya.

SOKONGAN IBU BAPA
Lizzie mendapat sokongan kuat daripada ibu bapanya.

Sejak awal kelahirannya, doktor mengatakan kemungkinan perlu merawatnya seumur hidup dan kemungkinan pakar pengucapan awam itu tidak dapat berbicara, berjalan atau melakukan apa sahaja dengan kudratnya sendiri.

“Saya sedar sindrom ini tidak akan hilang. Ini adalah kenyataan pahit yang perlu ditelan.

“Saya tidak boleh menyalahkan doktor atau orang tua. Jadi, saya menyalahkan diri saya,” kongsinya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu pernah menghasilkan buku berjudul Lizzie Beautiful, diterbitkan pada 2010 dan buku keduanya, Be Beautiful, Be You dihasilkan pada 2012.

Lizzie melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi di Texas University di St. Martin, Texas.

Beliau menjalani kehidupan seperti biasa dengan rakan sebayanya dan hidup dalam keadaan normal.

Waktu itu, semangatnya berkobar-kobar untuk berkongsikan kehidupannya sebagai motivasi buat dirinya juga.

Lizzie aktif menyampaikan motivasi dalam pelbagai forum dan menulis buku Lizzie Beautiful: The Lizzie Velasques Story.

“Jangan biarkan orang ramai menghukum berdasarkan penampilan luaran anda, Jangan biarkan perkara negatif mempengaruhi hidup ketika anda ingin mencapai misi dalam hidup. Ini adalah misi saya,” katanya.

Lizzie pernah memukau 11 juta penonton menerusi forum TEDx Austin Women yang disiarkan secara langsung ataupun rakaman.

EPSIOD HITAM
Lizzie yang lahir pada 13 Mac 1989 tidak menafikan pernah melalui episod hitam yang mencalar kehidupannya terutamanya ketika orang lain menggelarnya anoreksia iaitu memiliki tubuh terlalu kurus.

“Saya adalah insan biasa, sebarang komen negatif sudah pasti mengguris hati saya. Ia menyebabkan saya dirundung kecewa,” ujarnya.

Namun begitu, kata-kata ayahnya sering tersemat dalam lubuk memorinya.

Lizzie hanya mempunyai peluang sekali untuk menangis. Selepas itu, beliau mesti meneruskan kehidupan dan belajar melihat sudut positif daripada sesuatu perkara.

Ketika beliau berasa terlalu emosional, Lizzie tahu menguruskannya dengan bijak.

Beliau akan mengunci pintu dan mendengar lagu sentimental yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Adele.

“Saya akan menangis dan mengambil makanan ringan. Sehingga matahari terbit pada keesokan hari, saya mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan,” jelasnya.

KEBANGKITAN
Aktivis wanita ini pernah mendapat jolokan ‘wanita paling hodoh di dunia’.

Namun, kini wanita berusia 32 tahun itu dikenali sebagai pakar motivasi global serta menjadi pejuang anti buli.

Kisah hidupnya menjadi rakaman dokumentasi tentang keberanian yang menginspirasi ramai orang di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya