Dapur selebriti vs CEO, sasar 2,000 tablet untuk pelajar SPM - Utusan Malaysia

Dapur selebriti vs CEO, sasar 2,000 tablet untuk pelajar SPM

Poster menu dan selebriti terbabit dalam inisiatif berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dapur Selebriti vs Dapur CEO menyasarkan RM1 juta dalam membeli 2,000 tablet untuk diagihkan kepada pelajar tingkatan lima mengikuti pembelajaran digital.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, AEON CO. (M) BHD (AEON) Group Malaysia, Shafie Shamsuddin, berkata sejak penularan wabak Covid-19, pelbagai dugaan dan cabaran di dalam kehidupan seharian termasuk cabaran penyesuaian penggunaan peralatan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Kajian Kementerian Pendidikan, mendedahkan 37 peratus pelajar tidak mempunyai sebarang peranti elektronik dalam mengikuti PdPR. Justeru kami merasa perlu membantu pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menyediakan keperluan digital untuk mereka belajar di rumah,” katanya.

Sumbangan 2,000 unit tablet itu adalah untuk pelajar Tingkatan 5 sesi 2021 yang layak.

Inisiatif bermula sejak 12 April lalu, melibatkan selebriti terkenal mengetengahkan menu masing-masing. Antaranya Datuk Khadijah Ibrahim yang menampilkan menu Rendang Tok Kat.

Menu Ayam Sambado (Alif Satar), Ayam Golek Percik Abe Joe (Fizo Omar) dan SR Seafood Berlado (Saharul Ridzwan).

Sebagai pilihan tambahan, AEON turut menjual hidangan menu istimewa Nasi Berani The Warrior (pilihan ayam dan kambing) pada harga bermula dari RM8.33 setiap pek.

Setiap RM10 produk dijual, sumbangan RM1 akan disalurkan ke Tabung Yayasan AEON Malaysia.

Semua menu itu boleh didapati di semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu di seluruh negara.

Bagi memberi peluang orang ramai berkongsi rezeki, inisiatif itu dilanjutkan sehingga 31 Julai ini.

Shafie memberitahu, AEON turut menawarkan pakej korporat kepada syarikat yang ingin memberikan sumbangan pada kadar istimewa, seperti kos penghantaran percuma sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan kepada inisiatif berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×