Butang baju Melayu malar segar daripada Tombol - Utusan Malaysia

Butang baju Melayu malar segar daripada Tombol

Koleksi butang baju Melayu Tombol tersedia untuk kanak-kanak dan dewasa pada harga bermula RM1,380 dan RM1,600.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekali pandang nampak seperti butang baju Melayu biasa. Namun, aksesori baju Melayu daripada jenama Tombol ini sebenarnya lain daripada kebiasaan malah membawa sentuhan segar buat pakaian tradisional, merai Aidilfitri.

Diperbuat daripada paladium perak iaitu sejenis bahan bernilai dan berharga serta mempunyai ciri-ciri premium, ia memberikan sentuhan elegan, moden serta gaya yang lebih ringkas untuk Hari Raya tahun ini.

Pereka, Shiela Osman berkata, penggunaan paladium perak merupakan antara terkini dalam pasaran Malaysia.

Malah, kualitinya juga lebih tahan lama berbanding bahan lain ada di pasaran.

“Kalau kita tengok pasaran sekarang, kebanyakan rekaan masih menggunakan kristal biasa yang agak murah atau pun menggunakan perak biasa sahaja yang mudah kehitam-hitaman apabila sering dipakai.

“Sebab itu kami mencari alternatif menggunakan bahan lebih berkualiti dan bernilai tetapi dengan harga berpatutan.

“Paladium perak ini tidak akan kehitaman atau luntur selepas beberapa kali pemakaian, sebaliknya akan kekal bersinar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

SHIELA OSMAN

Jenama yang baharu sebulan berada di pasaran ini, didatangkan dengan dua pilihan bentuk iaitu rata dan cembung.

Ia turut menyerlahkan reka bentuk simetri yang halus dan teliti.

Pengunaan batu permata separa mewah seperti oniks, opal merah jambu, dan jasper menghiasi bahagian tengahnya umpama permata ratu di mahkota raja.

“Jadi, ia sangat sesuai digayakan oleh lelaki-lelaki moden yang berani mencuba sesuatu baharu untuk kelihatan mewah, namun masih terselit gaya minimalis.

“Ada lima pilihan bentuk yang boleh dipilih iaitu Bintang, Kufi, Raja, Tuah dan Wira,” tambah Sheila.

MATERIAL PELBAGAI

Memastikan kualiti premium kekal terjaga, aksesori butang baju Melayu daripada batu permata ini melalui proses penghasilan yang begitu ketat.

Setiap rekaan dan pilihan warna batu permata yang diimport khas dari Sri Lanka dan Thailand itu dibuat dengan teliti sehingga ke proses terakhir yang terdiri daripada sekumpulan tukang mahir dalam bidang barang kemas.

Setiap aspek diambil kira bagi memastikan keselesaan pengguna di tahap maksima. Oleh itu, ujian turut dilakukan terhadap keselesaan penggunaan aksesori ke atas pelbagai jenis material baju Melayu.

“Rekaan kami yang teliti dan terperinci ini menjadikan ia sesuai digayakan dengan pelbagai material baju melayu sama ada linen atau satin. Beratnya hanya sekitar empat gram satu keping, jadi ia sangat ringan di baju,” kata Sheila.

Sementara itu, Pengasas Tombol, Chan Wey Yie tidak menyangka percubaannya dalam seni pertukangan aksesori melayu mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

Biarpun jenama baharu tetapi ia telah mendapat lebih banyak pra-tempahan sempena musim perayaan.

“Karya aksesori berasaskan batu permata ini hadir apabila saya melihat jurang dalam pasaran butang baju melayu sedia ada di mana kurang koleksi minimalis yang ditampilkan.

“Oleh itu, saya ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat Melayu dengan menghasilkan butang yang lebih moden dan bergaya untuk menambahkan keyakinan pemakai,” katanya.

Beliau memiliki latarbelakang perniagaan keluarga dalam bidang pertukangan barang kemas.

 

Tombol bertujuan menyerlahkan keindahan butang baju Melayu pada jejaka.

Koleksi butang baju Melayu ini tersedia untuk kanak-kanak dan dewasa pada harga bermula RM1,380 dan RM1,600.

Sebagai promosi pelan­caran, Tombol menawarkan potongan harga 15 peratus bagi setiap pembelian di laman sesawang tombol di www.tomboljewels.com.

Promosi berakhir 31 Mei.

TIPS PENJAGAAN BUTANG BAJU MELAYU:

Jangan sembur minyak wangi secara terus ke atas butang baju Melayu.
» Lapkan dengan kain lembut dan bersih selepas digunakan.
» Simpan di dalam kotak selepas tidak digunakan.

TOMBOL:
» Tukang aksesori barang kemas mewah yang meminati seni pertukangan profesional,
bahan berkualiti dan reka bentuk yang indah.
» Dibuat di Malaysia, menggunakan batu permata dan bahan halus yang diuji dengan ketat bagi memastikan standard dan kualiti. Setiap koleksi menawarkan rekaan utama menggabungkan warisan tempatan dengan gaya kontemporari.
» Diilhamkan oleh tradisi Malaysia, koleksi Tombol menyerlahkan keanggunan moden yang nyata, sambil kekal setia kepada warisan budaya.

INFO:
» Rekaan baju Melayu bermula daripada 700 tahun lalu apabila Sultan Muhammad Shah, Sultan Melaka kedua mahukan satu pakaian Diraja.
» Baju Melayu banyak dipengaruhi daripada pakaian Arab iaitu jubah manakala seluar pula membawa pengaruh daripada Turki.
» Perbezaan utama antara Cekak Musang dan Teluk Belanga ialah jumlah butangnya.
» Baju Melayu cekak musang mempunyai lima butang yang secara keseluruhan melambangkan lima rukun Islam.
» Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai satu butang melambangkan tuhan yang Esa dan satu-satunya patut disembah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×