Bibir hitam? Eeuuwww…tak menariklah! Pernah anda mengalami kejadian ini apabila keluar berjumpa kawan-kawan? Meskipun sekarang ini kita mengamalkan norma baharu dengan memakai pelitup muka, namun jangan sekali-kali abaikan penjagaan bibir. Cara berikut mungkin membantu mencantikkan bibir mekar secara semulajadi. #1 ELAKKAN AIR LIUR Elakkan membasahkan bibir menggunakan air liur! Ini kerana air liur mempunyai enzim amilase dan maltase yang boleh menyebabkan kulit bibir nipis bila terdedah udara kering. Elakkan selalu…