Agak menghairankan, negara ini telah merdeka sejak enam dekad lalu tetapi masih lagi belum mencapai matlamat akhir perpaduan sehingga terpaksa membentangkan sekali lagi Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030. Sedangkan matlamat akhir perpaduan adalah mewujudkan satu identiti nasional, iaitu satu bahasa, satu bangsa dan satu budaya. Sehingga kini, masyarakat masih berada dalam bentuk segregasi berkonsepkan integrasi. Maknanya, Dasar Sosial Negara dan Dasar Perpaduan Negara gagal melahirkan rakyat yang mempunyai sifat jati…










