KESIHATAN fizikal perlu seiring dengan kesihatan rohani.” Itulah antara fokus utama perbincangan penulis dengan seorang Muslim Chaplain di Institut Jantung Negara (IJN), Mohd. Khairil Anwar, 39, baru-baru ini. Penulis begitu tertarik dengan konsep chaplaincy iaitu perkhidmatan sokongan moral dan rohani kepada pesakit dan petugas di hospital. “Ternyata istilah chaplaincy ini masih baharu di Malaysia,” jelas Mohd. Khairil yang merupakan salah seorang petugas hospital yang terlibat secara profesional dalam bidang chaplaincy…










