KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal sebagai Perdana Menteri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat walaupun ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, sekalipun ahli Parlimen yang menarik diri menyebabkan Muhyiddin hilang kepercayaan sebagai ketua kerajaan, namun selagi ia belum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuktikan sokongan yang dimiliki,…










