PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam diberitahu, Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika menolak saman pemula yang difailkan oleh seorang anak luar nikah bagi mendapat perintah perisytiharan bahawa dia penganut agama Buddha. Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika berhujah mewakili Rosliza Ibrahim berkata, status agama anak guamnya diragui kerana bapa wanita itu yang beragama Islam tidak pernah berkahwin dengan ibunya yang beragama Buddha. Hujah beliau, tiada bukti yang menunjukkan Rosliza, 39, dan ibunya…