KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merancang mengambil alih kepentingan dalam FGV Holdings Berhad (FGV) dengan nilai RM658 juta. Untuk berbuat demikian, Felda akan mengambil alih 6.1 peratus kepentingan dalam FGV daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bernilai RM289.2 juta dan 7.78 peratus kepentingan daripada Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) dengan nilai RM368.8 juta. Agensi itu ketika ini memiliki 21.24 peratus pegangan dalam FGV. Dalam notisnya bagi mewakili Lembaga…