IPOH: DAP Perak hanya akan bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk Kerajaan Perak jika rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan PKR turut bersama. Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming berkata, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama itu mencapai kata sepakat. Beliau berkata, keputusan DAP itu selepas mengambil kira situasi di Perak yang mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan stabil berikutan…