Agong hargai hasrat UAE sumbang vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Agong hargai hasrat UAE sumbang vaksin Covid-19

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam selepas lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). – FB Istana Negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di atas hasrat menyumbang vaksin Covid-19, antara lain bagi tujuan kajian klinikal di Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penghargaan itu disampaikan Seri Paduka ketika berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi UAE, Dr. Abdul Rahman Mohammed Al-Owais semasa sesi lawatan baginda ke Abu Dhabi.

Menurut beliau, Seri Paduka turut berkenan berkongsi panda­ngan berkenaan beberapa proses yang perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal sebelum sebarang vaksin diterima masuk ke Malaysia.

“Hasrat sumbangan vaksin ini telah mengukuhkan lagi hubu­ngan dua hala yang sedia terjalin kukuh di antara kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa puas hati terhadap lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi itu yang berakhir semalam.

Katanya, Seri Paduka turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan kerajaan UAE di atas layanan amat istimewa sepanjang lawatan khas tersebut.

Kata Ahmad Fadil, ini termasuk menanggung semua kos logistik Seri Paduka Baginda dan semua delegasi.

Lawatan khas itu, menurut beliau, adalah atas persilaan Sheikh Mohamed iaitu kali ketiga Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi sejak Seri Paduka Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata, lawatan khas itu juga mencerminkan hubungan dua hala kedua-dua negara yang kukuh di samping pemantapan hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua pemimpin.

Al-Sultan Abdullah akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari manakala para delegasi akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.