KUALA TERENGGANU: Kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan untuk menempatkan calon-calon peperiksaan secara berpusat di asrama berdekatan mereka bagi membolehkan golongan itu meneruskan proses pembelajaran secara lebih berkesan di bawah pemantauan guru. Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, penempatan secara berpusat itu merupakan jalan terbaik terutama kepada kalangan B40 yang berdepan kekangan dari segi gajet dan liputan Internet bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam…