PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu, Sabah berkuat kuasa esok sehingga 16 November ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan perintah itu dibuat bagi menyekat penularan Covid-19 melibatkan seramai 1,820 tahanan dan 114 kakitangan pusat tahanan tersebut. “Sehingga semalam, seramai 261 tahanan serta kakitangan telah disaring dan seramai 56 tahanan didapati positif Covid-19. “Dengan pelaksanaan Temco ini semua aktiviti keluar masuk ke kawasan pusat tahanan serta lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya