KANGAR: “Hari ini dibaiki, esok lubang baharu pula muncul. Pelbagai modus operandi digunakan penyeludup yang tidak pernah serik”. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tambah mengecewakan, laluan sempadan yang menjadi lokasi anggota Pasukan Gerakan Am, Mendiang Sarjan Baharuddin Ramli terbunuh dalam pertempuran dengan penyeludup kelmarin hanya dipisahkan pagar dua lapis dan pagar separuh batu. Dengan kekurangan itu, katanya, cukup mudah bagi penyeludup dari Thailand menyelinap…