MUTAKHIR ini, banyak tuduhan liar mendakwa, data-data penting berkaitan Covid-19 dimanipulasi. Dakwaan tidak berasas sebegini timbul akibat kurangnya kefahaman mengenainya. Ini termasuklah usaha kerajaan mengumpul, berkongsi dan menterjemah data, khususnya babitkan tingkah laku rakyat di musim pandemik ini. Persoalannya, apa kepentingan data kepada kelangsungan hidup dalam keadaan mencabar sekarang? Sejauh mana ia boleh membantu kerajaan pulihkan ekonomi yang terjejas teruk? Menjawab persoalan ini, wartawan Mingguan Malaysia, Fahmi Faiz, Roshihan Annuar…